You are currently viewing Pilihan Sofa Mesra Kanak-Kanak dan Haiwan Peliharaan

Pilihan Sofa Mesra Kanak-Kanak dan Haiwan Peliharaan

Dapatkan panduan memilih sofa yang mampu menahan aktiviti kanak-kanak dan haiwan peliharaan sambil mengekalkan estetika rumah anda di Malaysia.

Pilihan Sofa Mesra Kanak-Kanak dan Haiwan Peliharaan

Oleh Izzul Iqram Bin Rahim

Lukisan contengan kanak-kanak kecil, bulu-bulu haiwan peliharaan si comel anda, sisa tumpahan makanan, kesan calar daripada kucing. Ini adalah beberapa kemalangan yang mampu terjadi pada perabot kesayangan anda. Tidak dinafikan, selalunya perabot dimiliki pemilik kediaman sering menjadi korban kepada anak kesayangan ataupun haiwan peliharaan. Oleh sebab itu, anda perlu memastikan perabot anda tahan lasak – terutamanya sofa anda kerana sofa adalah perabot yang paling penting di ruang tamu. Sofa juga digunakan berulang kali setiap hari sama ada oleh pemilik kediaman atau tetamu mereka yang hadir untuk bersantai atau menjadi tempat rasmi perbincangan jika ianya digunakan sebagai perabot bagi pejabat di dalam rumah anda. Selain daripada fungsi-fungsi yang praktikal, sofa juga mampu menyerlahkan suasana dan stail cita rasa setiap pemilik kediaman.

 

Perubahan gaya hidup drastik anda apabila menjadi ibu bapa bukan sahaja pada cara anda menghabiskan hujung minggu, jadual tidur, atau perhubungan dan kehidupan sosial, ia juga akan mengubah cara anda membuat keputusan dari segi hidup, keluarga dan kriteria untuk setiap pembelian terutamanya perabot di rumah. Namun satu-satunya perkara yang tidak perlu berubah adalah kualiti dan estetika hiasan rumah anda. 

 

Pemilihan sofa yang betul sepatutnya mampu memberikan anda kawalan pada setiap momen kehidupan yang tidak dapat diramalkan dan sentiasa berubah dengan penglibatan kanak-kanak dan haiwan peliharaan namun pada masa sama masih mampu memelihara cita rasa dan stail pemilik kediaman terutamanya di Malaysia kerana kebanyakan rakyat Malaysia suka menyambut tetamu di rumah mereka.

 

Adakah isu pemilihan sofa ini terlalu rumit? Tidak langsung — Daripada perkara seperti menghalau kanak-kanak dari ruang tamu atau menegur Si Oyen kerana meniarap di sudut sofa, dan fakta yang mengatakan bahawa perabot bergaya dan eksklusif tidak boleh diguna pakai jika memiliki kanak-kanak dan haiwan peliharaan di rumah adalah sama sekali tidak benar. 

 

Jangan risau, ayuh terus membaca artikel ini untuk mengetahui panduan kami untuk memilih sofa mesra kanak-kanak dan haiwan peliharaan yang tahan lasak daripada segala kemalangan tidak dijangka seperti tumpahan namun pada masa sama sofa anda mampu mencerminkan gaya hidup dan stail anda.

 

 

Pilihan Sofa Mesra Kanak-Kanak dan Haiwan Peliharaan: Faktor Yang Anda Perlu Pertimbangkan

Dalam edisi kali ini, kami dari Acacia Fabrics ingin mengupas lebih lanjut mengenai kriteria dan faktor-faktor yang perlu ditimbangkan untuk memilih sofa yang paling sesuai untuk keluarga anda dari segi pilihan fabrik, warna dan pembinaan struktur sofa untuk kediaman moden anda.

 

 

Pilihan Fabrik Yang Sesuai Untuk Kanak-kanak Dan Haiwan Peliharaan

 

Mikrofiber / Microsuede

Mikrofiber – ataupun dikenali sebagai Microsuede – adalah salah satu fabrik sintetik yang paling digemari oleh pemilik kediaman yang mempunyai kanak-kanak atau haiwan peliharaan. Fabrik sofa mikrofiber diperbuat dengan teknik tenunan yang ketat menjadikannya sangat tahan lama dan mampu menahan calar dari kuku haiwan peliharaan atau kanak-kanak. Teknik tenunannya yang ketat juga menjadikan mikrofiber sebagai salah satu hipoalergenik dan sangat mudah dibersihkan kerana habuk, bulu haiwan peliharaan dan cecair tidak mudah meresap dan menembusi fabrik ini.

 

Tumpahan air atau minyak di atas fabrik ini senang untuk dibersihkan dan tidak akan meninggalkan kesan kerana ianya tidak mudah untuk meresap masuk ke dalam fabrik ini.

 

Oleh kerana fabrik ini dilengkapi material sintetik, pemilik kediaman boleh memilih apa jua warna, corak dan reka bentuk yang disukai untuk fabrik sofa mikrofiber. Dari segi harga, ia juga lebih berpatutan berbanding dengan fabrik sintetik yang lain dan fabrik semula jadi seperti kapas, sutera atau linen.

 

 

Fabrik Performance

Kebanyakan pemilik kediaman terutamanya di Malaysia mengharapkan perabot mereka mampu bertahan lama sekurang-kurangnya lima hingga sepuluh tahun. Fabrik Performance adalah fabrik yang boleh tahan lama walaupun kerap digunakan dan terdedah kepada kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Selain dikenali sebagai fabrik yang tahan lasak untuk jangka masa yang panjang, Fabrik Performance juga mudah dibersihkan. Benang yang paling biasa digunakan dalam fabrik Performance terdiri daripada olefin, akrilik, nilon dan poliester.

 

 

Fabrik Performance (Linen)

Sama seperti fabrik Performance dari segi fungsi pemakaian yang aktif, fabrik ini dicipta untuk memberikan keselesaan untuk pemakai, kalis air, tahan lasak dan tahan kotoran. Paling penting, fabrik ini kelihatan cantik dan disukai ramai. 

 

Antara pilihan utama untuk sofa mesra kanak-kanak ialah fabrik Performance linen. Fabrik ini direka khas supaya ianya lebih tahan lasak, berstruktur supaya fabrik ini boleh mengekalkan bentuk asal. Fabrik ini terdapat dalam pelbagai pilihan warna dan sesuai untuk menyerlahkan stail yang kasual dan santai. Tumpahan dan kotoran juga senang dibersihkan hanya dengan menggunakan sabun dan air.

Evo

Evo / Collection

Oleh kerana fabrik ini dilengkapi material sintetik, pemilik kediaman boleh memilih apa jua warna, corak dan reka bentuk yang disukai untuk fabrik sofa mikrofiber. Dari segi harga, ia juga lebih berpatutan berbanding dengan fabrik sintetik yang lain dan fabrik semula jadi seperti kapas, sutera atau linen.

 

 

Fabrik Performance

Kebanyakan pemilik kediaman terutamanya di Malaysia mengharapkan perabot mereka mampu bertahan lama sekurang-kurangnya lima hingga sepuluh tahun. Fabrik Performance adalah fabrik yang boleh tahan lama walaupun kerap digunakan dan terdedah kepada kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Selain dikenali sebagai fabrik yang tahan lasak untuk jangka masa yang panjang, Fabrik Performance juga mudah dibersihkan. Benang yang paling biasa digunakan dalam fabrik Performance terdiri daripada olefin, akrilik, nilon dan poliester.

 

Colourquilt

Colourquilt / Collection

Sama seperti fabrik Performance dari segi fungsi pemakaian yang aktif, fabrik ini dicipta untuk memberikan keselesaan untuk pemakai, kalis air, tahan lasak dan tahan kotoran. Paling penting, fabrik ini kelihatan cantik dan disukai ramai. 

 

Antara pilihan utama untuk sofa mesra kanak-kanak ialah fabrik Performance linen. Fabrik ini direka khas supaya ianya lebih tahan lasak, berstruktur supaya fabrik ini boleh mengekalkan bentuk asal. Fabrik ini terdapat dalam pelbagai pilihan warna dan sesuai untuk menyerlahkan stail yang kasual dan santai. Tumpahan dan kotoran juga senang dibersihkan hanya dengan menggunakan sabun dan air. 

Ambiant

Ambiant / Collection

Sekiranya anda ingin menikmati fabrik sofa dengan penampilan yang cantik dan mewah, anda boleh miliki fabrik Performance Velvet. Harganya jauh lebih murah daripada fabrik Velvet biasa dan pemilik kediaman tidak perlu risau dengan kotoran yang akan merosakkan sofa mereka. Sofa dengan fabrik Performance Velvet pasti akan menjadi bintang utama yang elegan untuk ruang tamu anda. Seperti fabrik Performance linen, ia mudah dibersihkan dan tahan lasak. 

 

Fabrik Sofa Poliester

Poliester adalah salah satu fabrik fiber sintetik yang kerap diguna pakai untuk sofa kerana ketahanannya dan memiliki halangan yang kuat menjadikan fabrik ini tidak mudah berkedut. Warnanya juga kekal lama dan tidak mudah mengecut. Ianya diperbuat daripada bahan kimia berasaskan petroleum dan polimer sintetik. Disebabkan fabrik sintetik poliester diperbuat daripada material yang tahan lasak, ianya sangatlah sesuai digunakan untuk sofa yang kerap digunakan dalam kediaman yang dipenuhi kanak-kanak atau haiwan peliharaan. Selain itu, material ini juga memiliki ketahanan dan halangan hebat. Jadi segala kotoran, tumpahan air atau makan atau bahan yang mengakibatkan kepudaran mampu dibersihkan dengan mudah lantas menjadikannya lebih senang dijaga.

 

Pilihan Warna Fabrik Yang Sesuai Untuk Kanak-kanak Dan Haiwan Peliharaan 

Selain daripada jenis fabrik, warna fabrik juga memainkan peranan yang sangat penting dalam memilih sofa yang sesuai. Untuk kediaman yang memiliki kanak-kanak, warna fabrik yang gelap seperti hitam, biru laut atau coklat tua lebih sesuai untuk menyembunyikan tumpahan dan kotoran. Oleh kerana kesan contengan dan kotoran nampak kurang ketara pada fabrik gelap, hal ini mampu mengizinkan anda membersihkan kawasan yang terjejas dengan mudah daripada membasuh keseluruhan penutup sofa dengan kerap. Perkara Ini mampu mengurangkan tekanan pembersihan berterusan atau kebimbangan tentang kesan kotoran yang kelihatan pada perabot anda.

Gusto

Gusto / Collection

Namun keburukannya adalah warna fabrik yang lebih gelap mampu menjadi magnet untuk bulu haiwan kesayangan anda. Kalau anda memiliki seekor kucing kelabu, salah satu cara untuk membendung masalah ini adalah untuk memilih fabrik sofa yang sama warna dengan kucing kesayangan anda. Anda masih perlu memilih fabrik sofa yang mesra haiwan peliharaan, tetapi helah ini boleh membantu menyembunyikan rambut supaya ia tidak begitu jelas kelihatan dan boleh mengurangkan pembersihan yang kerap. 

Eclectic

Eclectic / Collection

Antara cara lain untuk membendung masalah ini adalah untuk memilih fabrik bercorak – lebih rumit coraknya, lebih baik ia mampu menyembunyikan kesan kotoran. Pemilik kediaman boleh memilih daripada pelbagai corak fabrik seperti corak abstrak, corak bunga, atau corak binatang yang memiliki pelbagai variasi dari segi warna dan skala ataupun yang memiliki warna yang gelap. Walaupun cetakan jalur cabana mungkin secara teknikalnya adalah fabrik bercorak, dengan hanya dua warna dalam corak linear iaitu biru dan putih, ianya tidak mampu menjadi tahan lasak kepada kesan kotoran kerana permukaan yang berwarna putih adalah terlalu dominan. Selain itu, anda juga ingin menjauhkan diri daripada apa-apa fabrik yang memiliki latar belakang yang putih, kerana kesan tumpahan makanan atau minimum akan jelas kelihatan dengan warna putih.  

 

Pembinaan Struktur Sofa Yang Sesuai Untuk Kanak-kanak Dan Haiwan Peliharaan

Sofa Profil Rendah

Reveal

Reveal / Collection

Sofa profil rendah direka bentuk supaya ia mudah diakses oleh kanak-kanak dan haiwan peliharaan berbanding dengan sofa biasa. Kanak-kanak boleh naik dan turun dari sofa dengan lebih mudah, dan haiwan peliharaan boleh melompat ke atas sofa tanpa sebarang kesukaran. Kerendah sofa ini mampu mengurangkan risiko kejatuhan atau kecederaan berbanding dengan sofa yang lebih tinggi. Sofa profil rendah juga memberikan kestabilan, dan keselamatan tambahan terutamanya kepada kanak-kanak yang suka memanjat perabot di rumah.

 

Sofa Chaise Bulat 

Apabila kanak-kanak berada di sekeliling, keselamatan sentiasa menjadi keutamaan. Sofa chaise bulat adalah perabot unik yang menampilkan reka bentuk melengkung atau bulat untuk bahagian chaise. Ketiadaan bucu dan tepi tajam pada sofa chaise bulat menjadikannya lebih selamat untuk kediaman yang memiliki kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Kanak-kanak terkenal dengan permainan aktif mereka, dan haiwan peliharaan suka meneroka dan berlari di sekeliling perabot. Butiran kecil ini boleh membantu dalam mencegah kecederaan yang mungkin berlaku.

 

Selain itu, chaise melengkung juga menyediakan ruang berehat yang selesa dan selamat yang mungkin menarik perhatian haiwan peliharaan. Mereka boleh meniarap, berehat atau hinggap di bahagian melengkung, memberikan mereka ruang khusus mereka dalam kawasan keluarga.

Cozy

Cozy / Collection

Sofa Closed-Base

Sofa Closed-Base adalah pilihan sofa yang terbaik untuk kediaman yang besar dan sibuk untuk beberapa sebab. Pertama, sofa jenis ini sebenarnya menambah lapisan keselamatan untuk kanak-kanak yang suka memanjat atau bermain di sekeliling perabot. Ianya juga mengurangkan risiko kanak-kanak atau haiwan peliharaan mencederakan jari atau kaki mereka di celah sofa.

 

Selain itu, sofa jenis ini mampu membuatkan pembersihan di bawah sofa lebih mudah diurus. Debu dan serpihan sukar untuk terkumpul di bawah sofa kerana alas tertutup menghalangnya daripada terperangkap. Selain itu, anda tidak perlu risau tentang kanak-kanak atau mainan haiwan peliharaan bergolek atau terperangkap di bawah sofa.

Devina

Devina / Collection

Kesimpulan

Untuk memilih sofa mesra kanak-kanak dan haiwan peliharaan, pemilik kediaman perlu mengimbangi beberapa faktor – cita rasa, keselesaan, dan ketahanan. Sofa yang paling sesuai bukan sahaja akan memenuhi keperluan rumah tangga yang sibuk, tetapi juga akan meningkatkan stail dan menjadi konsep penggayaan utama di ruang tamu anda.

 

Dengan pelbagai pilihan sofa dan fabrik di pasaran dan begitu banyak kriteria yang perlu dipertimbangkan untuk memilih sofa bagi kediaman anda yang mesra kanak-kanak dan haiwan peliharaan, andan boleh menyemak panduan di bawah untuk memastikan anda memilih sofa yang paling sesuai:

  • Tetapkan Bajet Anda: Kos anda akan mempengaruhi jenis fabrik sofa yang anda mampu beli. Dari segi harga, bahan sintetik seperti mikrofiber dan poliester kebiasaannya merupakan bahan sofa dengan harga yang lebih berpatutan, dengan fabrik poliester yang paling mesra bajet. Harga fabrik Performance sangat berbeza bergantung pada jenama dan bahan yang digunakan. Sofa dengan fabrik kulit tulen memiliki kualiti yang tiada tandingan, menjadikan harganya lebih tinggi daripada pilihan lain. Secara keseluruhannya, sofa ruang tamu anda akan menjadi bahagian utama dalam kehidupan rumah anda, jadi kualiti adalah elemen yang paling penting untuk memastikan anda mendapat sofa yang paling terbaik untuk rumah tangga anda. 
  • Tetapkan Keutamaan Anda : Adakah matlamat anda ingin memastikan rumah anda bebas daripada bulu haiwan peliharaan ataupun alergi untuk membantu dengan alahan keluarga terutamanya kanak-kanak? Adakah anda mempunyai kanak-kanak kecil yang kerap menikmati snek di atas sofa dan sebab itu anda memerlukan sofa yang boleh menangani tumpahan atau kotoran? Ini adalah perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membuat keputusan untuk membeli sofa terbaik mesra kanak-kanak dan haiwan peliharaan untuk kediaman anda. 
  • Pilih Fabrik Tenunan Ketat: Jika anda ragu-ragu, pilihlah fabrik dengan tenunan yang ketat, seperti Microsuede yang dinyatakan dalam bahagian di atas – ia lebih tahan lasak, sukar memerangkap bau/alergi, atau menahan kotoran kerana tenunannya yang kuat menghalang apa-apa perkara daripada meresap ke dalam fabrik.
  • Pilih Fabrik Yang Tahan Lasak: Gunalah fabrik halus seperti sutera untuk perabot bilik tidur, pejabat rumah dan pastikan ruang tamu atau ruang keluarga yang mempunyai trafik yang lebih tinggi dikhaskan untuk fabrik yang lebih tahan lasak. Secara umum, kami syorkan anda supaya menjauhi fabrik sofa seperti wool, boucle, chenille, sutera atau velvet untuk sofa keluarga kerana ianya tidak tahan lasak dengan kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Selain itu, fabrik sofa sebentar tadi juga lebih cenderung memerangkap debu, rambut dan habuk daripada fabrik lain.

Dan terakhir sekali, untuk apa jua yang anda mahukan bagi sofa yang paling sesuai untuk rumah anda, kini anda mampu menerokai pelbagai inovasi fabrik yang tersedia dengan Acacia Fabrics.

 

Gudang fabrik Acacia Fabrics menyediakan pelbagai inovasi fabrik yang mampu memberikan kelebihan kepada pemilik kediaman seperti penjimatan wang atau kesenangan dalam mencuci fabrik sofa. Sekiranya anda masih buntu dengan fabrik sofa terkini mana anda patut pertimbangkan, usah risau hubungi sahaja pihak Acacia Fabrics dan pakar fabrik profesional kami sedia membantu dari mula sehingga ke proses terakhir kembara pemilihan sofa fabrik untuk kediaman anda.

Looking for quality sofas with creative fabrics and easy maintenance? Find the nearest showroom at acaciasofa.co

If you are searching for the perfect curtain to express your personality at home, find our nearest boutiques at acaciacurtain.co