You are currently viewing Baiki Sofa Pilihan Menguntungkan

Baiki Sofa Pilihan Menguntungkan

Baiki Sofa Pilihan Menguntungkan

Oleh: Zaida Zainuddin

         Sofa menjadi titik pelengkap dan hiasan paling berharga di dalam rumah kerana di situlah tempat semua berkumpul dan berehat. Norma baharu memaksa kita semua duduk rumah dan sudah pasti kita banyak menghabiskan masa bersama keluarga di atas sofa. Sofa diguna pakai untuk berehat di rumah setelah penat bekerja pada hari – hari biasa malah ada juga yang selesa untuk duduk dan bekerja di atas sofa secara santai. Hari minggu semestinya adalah waktu paling banyak dihabiskan di atas sofa apabila semua ahli keluarga berhimpun lepak bersama. Sofa usang membuatkan saat-saat manis seperti itu hilang. Baiki sofa sebagai salah satu hiasan rumah perlu diambil kira untuk keselesaan penghuni rumah.

          Sangat untung sekali apabila kita boleh memilih sama ada untuk baiki sofa di kedai dan kilang sofa atau membaiki sofa sendiri secara DIY. Dengan bajet belanja dan kos yang bertepatan, kita boleh terus hantar sofa lama ke kedai untuk membaiki sofa dengan tukar sarung sofa, baiki sofa secara keseluruhan, atau baiki rangka sofa je. Selain itu, kita juga boleh baiki sofa sendiri dengan menukul beberapa paku untuk menambah kayu dan getah spring pelapik pada bahagian bawah rangka sofa lama yang rosak, menutup cela seperti koyakan dengan tampalan kain perca dan menukar sarung sofa dengan sarung sofa siap jahit di pasaran. Semua ini pasti menjimatkan wang dan menguntungkan poket kita setiap kali sofa rosak. Pilihan di tangan kita.

Sofa L sebelum

Tukar Sarung Sofa

Bahan menutupi sofa juga pasti akan bertukar warna akibat dari pancaran matahari petang pada setiap hari dan koyak dek geseran selepas penggunaan harian. Hal ini tidak terjadi sekiranya bahan sofa yang digunakan adalah bahan yang tahan lama dan dilengkapi dengan teknologi mudah cuci seperti fabrik FibreGuard. Bahan pada sofa seperti kain akan menggerutu akibat cakaran atau geseran setelah lama sofa diguna pakai. Bahan kulit akan mudah koyak akibat lipatan semasa duduk di atas sofa. Hiasan pada sofa seperti renda dan paku tekan akan mudah tercabut juga apabila lama tempoh sofa itu digunakan. Kunjungan tetamu yang ramai pada masa-masa tertentu seperti hari perayaan dan majlis keraian atau aktiviti kunjung-mengunjung sesama jiran pada hari hujung minggu membuatkan sarung sofa cepat menjadi reput dan kusam. Serpihan warna yang luntur atau bebenang yang bersirat pada sarung sofa akan mudah jatuh dan bergumpal pada sofa atau pada seluar yang dipakai selepas duduk di atas sofa lama.

Selepas tukar sarung ottoman menggunakan fabrik FibreGuard Evoke Palm-Aluminium 05
Selepas tukar sarung sofa menggunakan fabrik FIbreGuard Mantra Sequence Ash 08

Kita boleh menukar sarung sofa kepada sarung yang bercorak dan memilih untuk menukar warna sofa lama kepada warna pilihan supaya luaran sofa nampak cantik dan berpadanan dengan warna dan tona tema ruang rumah untuk meletakkan sofa. Kita boleh tukar corak dan warna sarung sofa pada tempat duduk, tempat sandar dan lengan sofa. Kita boleh juga suai padan kan corak dan warna atau adaptasi ‘color-blocking’ untuk kelainan pada setiap sisi dan badan sofa lama. Pakar sofa di kedai pasti akan memberikan kita satu senarai bahan-bahan sofa yang sesuai untuk dipadankan dengan sofa lama itu. Sarung sofa akan dijahit dan ditukarkan.

Kita hanya perlu pilih dan menyuruh mereka tukar sarung sofa kita dengan pilihan yang telah diberikan. Tambah warna pada bantal-bantal kecil sebagai penambah seri sofa juga boleh di fikirkan sekiranya ada bajet perbelanjaan lebih setelah membaiki sofa lama. Dengan sarung sofa yang baharu, sofa kita akan nampak seperti baru walaupun sebenarnya kita menggunakan sofa yang lama dengan bentuk yang sama.

Baiki Sofa Keseluruhan

Sangat senang untuk baiki sofa secara keseluruhan kerana kita hanya perlu menghantar sofa untuk dibaiki selepas sahaja meneliti reka bentuk sofa dan bahan menutupi sofa yang kita mahu tukarkan di kedai khidmat pakar sofa. Bukan itu sahaja, kita boleh juga memilih untuk baiki sofa dengan menambah komposisi span dan pelapik di bawah sofa yang sememangnya akan kendur setelah lama diguna pakai oleh setiap ahli keluarga dan para tetamu seperti teman serta jiran yang bertandang ke rumah. Membaiki sebuah sofa dengan cara sekali gus seperti ini sangat berbaloi dan mudah.

Kita boleh mereka desain dan tentukan sendiri saiz sofa mengikut bentuk dan saiz yang lama atau tukar bentuk baru dan besarkan atau kecilkan kepada saiz baru seperti apa yang kita mahukan seterusnya pilih bahan untuk menutupi sofa secara keseluruhan dalam satu sesi perjumpaan secara bersemuka. Kita juga boleh sahaja kemas kini pilihan kita kepada pekedai sekiranya kita mahu dengan hanya menggunakan khidmat pesanan ringkas atau membuat panggilan terus kepada mereka. Adalah lebih efisyen untuk kita yang sibuk dengan kerja pejabat untuk menggunakan khidmat pakar kedai dan kilang sofa membaiki sofa kita secara dalam talian. Kita hanya perlu hantar, pilih reka bentuk dan bahan sofa, tunggu sofa itu siap dan bayar sofa setelah siap dibaiki dalam masa yang telah dibincangkan.

Baiki sofa L menggunakan fabrik FIbreGuard Mantra Sequence Ash 08

Baiki sofa keseluruhan sangat menguntungkan kerana kita menggunakan semula sofa lama tanpa perlu menghabiskan masa dan wang untuk mencari-cari sofa baharu sebagai hiasan baru di rumah. Kita sudah pun tahu sofa mana yang kita akan miliki kelak setelah sofa lama itu dibaiki menjadi sofa baharu. Jimat masa juga jimat duit!

Baiki Rangka Sofa

Rangka sofa perlu dititikberatkan untuk menampung jumlah ahli keluarga yang akan menggunakan sofa itu dan jumlah kekerapan sofa itu digunakan dalam masa sehari. Sofa akan mula usang dan rosak apabila rangka sofa sudah mula goyang dan patah. Sofa yang semakin usang dan sudah pasti lama-kelamaan rosak memang akan nampak normal pada luarannya. Namun, kita perlu berhati-hati sekiranya ada yang ingin duduk di atas sofa usang yang mungkin memudaratkan.

Pakar baiki sofa ukur sofa dengan tepat

Serpihan kayu dan paku berkarat mungkin akan kelihatan pada sofa lama dan rosak. Bagi mengelakkan kemungkinan kita untuk meletakkan sofa pada ruang terpencil di dalam rumah dan akhirnya membeli sofa baharu, maksimumkan penggunaan ruang sofa sedia ada sekarang dengan membaiki sofa usang tersebut. Tiada lagi situasi di mana kita meletakkan sofa buruk di ruang belakang rumah dan sofa baru di ruang depan rumah

Terdapat pelbagai reka bentuk rangka sofa yang boleh di baiki di kedai malah kita boleh sahaja ubah rangka sofa yang asal kepada reka bentuk yang baharu untuk tampak lebih terkini atau biarkan saja rangka lama untuk tampak lebih tradisional dan antik. Pilihan ini terletak pada kita kerana kita semestinya tahu dan arif dengan saiz ruang di dalam rumah di mana sofa itu diletakkan.

Kebiasaannya, jenis rangka sofa yang sering kali diguna pakai dalam kalangan kita adalah sofa yang terdiri daripada sofa 3+2+1. Kini, terdapat juga sofa yang berbentuk L dan ada juga sofa yang berbentuk separa bulan, Lawson, camelback, chesterfield dan tuxedo sebagai pilihan. Rangka sofa sebegini adalah reka bentuk sofa terbaru yang mungkin kita boleh tukarkan untuk membaiki sofa lama kita. Dengan menggunakan sedikit kreativiti, kita boleh ubah suai dan membaiki rangka sofa lama menjadi bentuk sofa baru.

Baiki Rangka Sofa Sendiri

Sofa patah itu biasa. Serpihan kayu dan selumbar mungkin akan terjadi pada sofa lama yang mula reput. Kayu di bawah sofa mungkin menyerap air dari kusyen dan getah yang basah sekiranya kita terduduk di atas sofa dengan pakaian basah kuyup. Apabila dah lama dan ramai yang duduk di atas sofa, lama-lama kayu rangka sofa akan mula reput dan patah. Jadi, untuk baiki rangka sofa lama kepada yang baru, kita perlukan kemahiran menukul untuk mencantumkan paku dan kayu baru pada tempat sama di serpihan kayu sofa lama. Cari sahaja kayu-kayu di sekitar rumah yang boleh di kitar semula menjadi alas rangka sofa. Kayu yang masih utuh, tebal dan kuat sangat berguna untuk menampung berat seseorang yang duduk di atas sofa. Pasang kayu baru pada bahagian rangka sofa lama terutamanya pada rangka bawah sofa dan tepi lengan sofa. Kedua-dua bahagian ini adalah bahagian utama sofa.

Ukuran kayu baru yang nak digunakan bergantung pada ketebalan sofa lama dan keluasan rangka yang rosak dan patah. Pemasangan paku di atas kayu baru pada rangka sofa lama perlu kuat supaya rangka baru akan bertahan lama setelah membaiki sofa. Baiki rangka sofa sendiri memerlukan sedikit usaha kerana rangka sofa lama mungkin sangat berat untuk diterbalikkan dalam proses memaku kayu di setiap bahagian sofa lama. Baiki rangka sofa sendiri mungkin mengambil masa namun ini sangat menjimatkan bayaran upah kerana kita membaiki sofa sendiri tanpa bantuan pakar sofa seperti di kedai.

Baiki sofa yang diukur sendiri

Tampal Sofa

Tampal sofa koyak pada koyakan kecil begitu mudah dibaiki. Ada beberapa kaedah tampalan untuk menutup cela kecil pada sofa lama. Tampalan kain perca pada cela adalah pilihan paling mudah dan cepat. Namun, kain perca perlulah sama tona dengan warna sofa lama itu. Tampalan menggunakan pita pelekap atau duct tape sangat tidak kemas dan akan nampak buruk kerana tidak banyak pilihan warna duct tape yang boleh digunakan untuk menampal cela di atas sofa lama yang koyak atau berlubang.

Fabrik yang digunakan FibreGuard Evoke Palm-Berry 10

Sofa selalunya koyak pada bahagian tempat duduk seperti di atas permukaan kusyen dan juga lengan sofa. Kesan ini disebabkan oleh geseran tidak sengaja yang kita buat seperti meletakkan barang berat dengan lama di atas kusyen sofa, terguris kunci kereta pada permukaan fabrik menutupi sofa dan mungkin juga berlaku akibat suhu kepanasan sekiranya sofa diletakkan di tempat yang dekat dengan cahaya matahari seperti di tepi pintu kaca atau tingkap. Kusyen sofa yang koyak akan menampakkan span sofa yang berada di dalam ke luar dan span akan keluar bersama benang apabila kita bangun berdiri dari duduk di atas sofa. Kejadian ini mungkin mengganggu kerana ini akan sering berlaku pada keadaan di mana sebagai contoh kita nak cepat atau kelam kabut untuk duduk pakai kasut sebelum keluar dari rumah.

Kaedah tampalan bunga kait juga boleh digunakan. Kita hanya perlu beli bunga kait atau mengait sendiri corak bunga pada bahagian sofa yang koyak. Kain perca yang bercorak juga sangat sesuai digunakan secara kreatif. Teknik tampalan yang betul akan menghasilkan sofa DIY yang menawan tanpa dilihat sebagai sofa lama yang sangat menjengkelkan di ruang rumah kita.

Fabrik yang digunakan FibreGuard Evoke Palm-Berry 10

Tukar Sarung Sofa Siap Jahit

Kepakaran menjahit mungkin bukan satu kebiasaan pada kita kerana itulah idea untuk tukar sarung sofa siap jahit dapat menjimatkan wang dan masa kita. Beli sahaja sarung sofa di pameran sofa atau di gedung kain sofa mengikut kesesuaian saiz kusyen sofa lama kita. Sekiranya sarung sofa terlalu besar atau terlalu kecil, kita boleh jahit lebihan sarung sofa atau menggabungkan dua sarung sofa menjadi satu pada tempat-tempat yang diperlukan dengan jahitan jelujur asas sahaja.

Fabrik yang digunakan FibreGuard Evoke Humor-Onyx 07

Ukur sarung sofa yang dibeli dan letakkan pin untuk lekapkan sarung ke sofa lama. Sekiranya kita gunakan stapler, boleh gunakan playar untuk tarik sekiranya tersilap ukur dan letak. Jahitan boleh dibuat pada tempat yang tersembunyi supaya lipatan dan jahitan yang dibuat di atas kusyen sofa lama kelihatan kemas. Bagi sarung sofa di bahagian lengan dan kaki sofa, tambahan tampalan ropol atau tali pada bahagian jahitan untuk menutup cela lebihan jahitan atau lebihan benang sarung sofa juga boleh digunakan sebagai hiasan. Panjang ropol dan tali bergantung kepada jahitan yang dibuat pada sarung sofa. Ukuran ropol dan tali seeloknya lebih dari kesan jahitan supaya tepi sofa dapat terlihat teratur dan tersusun.

Tuntasnya, baiki sofa lebih menguntungkan daripada melupuskan terus sofa lama dan ambil keputusan untuk membeli sofa baru kerana sofa lama kita masih lagi boleh digunakan selepas dibaiki sedikit demi sedikit dengan daya kreativiti masing-masing untuk membaik pulih sofa lama itu. Sofa usang pasti ada meninggalkan secebis memori semasa kita menggunakannya selama ini. Sofa sudah lazim digunakan di dalam setiap buah rumah dalam kalangan kita.

Sofa yang baru tidak semestinya sofa yang datang dari kilang sofa terus ke gedung dan kedai sofa tetapi sofa yang baru juga boleh diertikan kepada sofa yang baru dibaiki. Baiki sofa di kedai atau baiki sofa sendiri adalah sama menguntungkan. Malah, kita boleh memilih untuk menggunakan khidmat pakar membaiki sofa yang sudah pasti ada alat dan bahan yang cukup atau belajar sendiri untuk membaiki sofa lama kita dengan kelengkapan dan kemahiran terhad tanpa bayaran upah. Duduk rumah berehat dan bekerja di atas sofa sudah menjadi kebiasaan pada norma baharu kini. Jadi, tidak perlu keluar kerap kali dan baiki sofa adalah pilihan yang sangat tepat dan paling menguntungkan.

Fabrik yang digunakan FibreGuard Evoke Humor-Onyx 07